“Awat muka jadi lain selepas cucuk, muda macam pelajar form 5…hahaha”
Kalau dulu ramai yang tergila-gilakan lelaki berjambang seperti Fikry Ibrahim, kini ramai pula yang teruja wajah pelakon ini tampak muda remaja kembali.
Memuat naik gambar di laman Instagram, pelakon Fikry Ibrahim tampil berkongsi pengalaman pertama menerima suntikan vaksin Covid-19 kepada peminat-peminatnya.
View this post on Instagram
Menerusi perkongsianya itu, Fikri menjelaskan bahawa dirinya tidak menerima sebarang kesan sampingan selama tempoh 24 jam selepas divaksin.
Hal yang demikian mencuri tumpuan umum apabila, wajah togel beliau kelihatan bersih dan bersinar-sinar seakan-akan kembali muda remaja selepas suntikan vaksin.
Warganet mula membuat spekulasi dan andaian masing-masing bahawa ianya kemungkinan merupakan kesan daripada suntikan vaksin kerana mengetahui tubuh pelakon ini tidak menerima sebarang reaksi negatif selain tampak kacak selepas divaksin.
Namun begitu, tekaan orang ramai pastinya tersasar kerana hal itu tidak mungkin berlakon kerana asbab yang lebih tepat mengapa wajah beliau dikatakan berubah disebabkan Fikri telah mencukur jambangnya dan demikianlah wajahnya tampak berlainan daripada biasa.
“pergh lain macam handsome dia…i pun nak pergi vaksin lah kalau muka berubah jadi muda cenggini…”
Mengetahui bahawa kebaikkan vaksin Covid-19 dapat membantu menyasarkan misi mencapai Imuniti Kelompok, orang ramai digalakkan mengambil suntikan vaksin demi menyekat menularan wabak Covid-19 di Malaysia.
Terdapat banyak kelebihan vaksin kepada tubuh badan kita selain mampu menjadi pelindung kepada serangan jahat virus Covid-19.
Korang jangan lupa daftarkan diri untuk menerima vaksin okay, tengok idola korang pun dah ambil suntikan.
Kacak lain macam kan Fikry Ibrahim selepas divaksin?
Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi
Sumber: Instagram Fikry Ibrahim