Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Fizz Fairuz Tegur Peniaga Yang Suka Bezakan ‘Product Review’ Daripada Selebriti

today18 March 2021

Background

Sudah menjadi kelaziman kini, ramai selebriti yang melakukan product review di media sosial mereka untuk para peniaga.

Ia adalah satu bentuk promosi yang boleh menaikkan nama sesuatu produk yang dipamerkan.

Pada 18 Mac 2021, Datuk Fizz Fairuz telah memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya berkaitan product review ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dfizzfairuz ?? (@fizzfairuzofficial)

Melalui caption:-

“Dia kata review tak ikhlas

Keje kau bagus ke? Nk pertikaikan keje org? Cermin diri,cermin hati.. jgn sampai mkn diri… 8888 edisi santai @almynadiaofficial”

Menurut video tersebut, Fizz menegur sikap peniaga yang suka mempertikaikan kerja selebriti yang melakukan product review.

Beliau berkata, setiap selebriti yang melakukan product review mempunyai nilai bayaran yang berbeza.

Oleh itu, peniaga tidak sepatutnya mempertikaikan hasil kerja orang lain.

Ini kerana, sesuatu produk itu bermula dengan kualitinya dulu dan juga cara seseorang peniaga menguruskan perniagaannya.

Walaupun Fizz kelihatan agak berang dengan perkara itu, namun beliau hanyalah berniat untuk menegur supaya semua pihak memahami tentang perbezaan product review.

Betul apa yang dikongsikan Fizz, kerana sebelum ini mungkin ada pihak yang keliru akan perkara ini.

 

Sumber: Instagram Fizz Fairuz

Written by: Hasanah Yusof


Previous post

Sosial

[VIDEO] Gagal Tahan Air Mata, Lelaki Ini Menangis Jumpa Mak Ayah Lepas 6 Bulan Latihan

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 1.6M views, 202.5K likes, 8.7K comments dan 5.3K shares di TikTok.Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut mengalirkan air mata melihat video tersebut dan dapat bayangkan betapa bangganya ibu bapa lelaki itu melihat anaknya berjaya menjadi seorang anggota polis.Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

today18 March 2021