Site icon Hot FM

Fizz Fairuz Tegur Peniaga Yang Suka Bezakan ‘Product Review’ Daripada Selebriti

Sudah menjadi kelaziman kini, ramai selebriti yang melakukan product review di media sosial mereka untuk para peniaga.

Ia adalah satu bentuk promosi yang boleh menaikkan nama sesuatu produk yang dipamerkan.

Pada 18 Mac 2021, Datuk Fizz Fairuz telah memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya berkaitan product review ini.

Melalui caption:-

“Dia kata review tak ikhlas

Keje kau bagus ke? Nk pertikaikan keje org? Cermin diri,cermin hati.. jgn sampai mkn diri… 8888 edisi santai @almynadiaofficial”

Menurut video tersebut, Fizz menegur sikap peniaga yang suka mempertikaikan kerja selebriti yang melakukan product review.

Beliau berkata, setiap selebriti yang melakukan product review mempunyai nilai bayaran yang berbeza.

Oleh itu, peniaga tidak sepatutnya mempertikaikan hasil kerja orang lain.

Ini kerana, sesuatu produk itu bermula dengan kualitinya dulu dan juga cara seseorang peniaga menguruskan perniagaannya.

Walaupun Fizz kelihatan agak berang dengan perkara itu, namun beliau hanyalah berniat untuk menegur supaya semua pihak memahami tentang perbezaan product review.

Betul apa yang dikongsikan Fizz, kerana sebelum ini mungkin ada pihak yang keliru akan perkara ini.

 

Sumber: Instagram Fizz Fairuz

Exit mobile version