Setiap kali drama yang dilakonkan olehnya pasti membuatkan ramai jatuh cinta sehingga ada yang sanggup menanti setiap hari bagi menonton lakonannya.
Tapi kali ini, pelakon Syafiq Kyle telah membuat sesuatu yang telah menyebabkan ramai peminatnya tidak senang duduk.

Video baharu yang dimuat naik olehnya telah menyaksikan beliau tidak berbaju sambil dikelilingi oleh kuntuman bunga ros dan bermacam-macam jenis bunga yang lain lagi.
@jufrijamal♬ original sound – Juju
Jika dilihat komen yang ditinggalkan di laman Instagram miliknya, semuanya dilihat normal sahaja yang mana ramai meninggalkan komen emoji sahaja.
Tetapi apabila video tersebut telah dimuat naik di aplikasi TikTok, bermacam jenis komen dapat dilihat disitu.
Ada yang bagaikan tidak keruan melihat Syafiq beraksi di hadapan lensa kamera kerana beliau dilihat sangat kacak bersama dengan kuntuman bunga tersebut.
Amboi, boleh tahan juga ya Ustaz Adam ni!
Mujur lah komen semua masih lagi sopan-sopan, jangan sampai ada yang komen bukan-bukan sudah lah ya!
Sumber foto dan video: TikTok dan Instagram Syafiq Kyle