Sekarang ni dah ada banyak aplikasi yang boleh edit gambar daripada muda jadi tua, kurus jadi gemuk dan macam-macam lagi.
Terbaharu, penyanyi Ismail Izzani telah menyunting fotonya sendiri dengan meletakkan jambang di wajahnya sehingga menampakkan dirinya agak matang.

Namun walaubagaimanapun, penyanyi berusia 21 tahun itu tetap kelihatan jambu juga!
Dalam masa yang sama, beliau turut sempat meletakkan caption yang boleh dikatakan sebagai ‘berani mati’.

” Dato sri zubhan , 32 tahun , 15 anak , 3 wife. PM tepi.”
Mana tidaknya, belum apa-apa lagi dah ada cita-cita untuk memiliki tiga orang isteri dan 15 orang anak ya!
Ramai turut terhibur melihat foto tersebut dan meninggalkan komen seakan-akan menyokong sekiranya beliau benar-benar memiliki isteri dan anak-anak seramai itu.

Lebih menarik lagi, ada beberapa pengikutnya turut sempat mention akaun Instagram milik kekasih hati Ismail iaitu Shalma Eliana berikutan caption yang digunakan olehnya itu.

Berani ke Mael nak ada tiga orang isteri tu, risau baru seorang dah pening kepala…
Sumber foto: Instagram Ismail Izzani