Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Gambar Paling Famous” ‘Demam’ Vaksin AstraZeneca, Hairul Azreen Bikin Ramai Hilang Sabar

today26 May 2021

Background

Tanggal 26 Mei merupakan tarikh yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakan rakyat Malaysia apabila tempahan vaksin AstraZeneca dibuka untuk orang ramai.

Namun ia bukan lah semudah yang kita sangkakan apabila ramai terpaksa berebut untuk memilih tarikh masing-masing sehingga membuatkan laman web www.vaksincovid.gov.my mengalami gangguan untuk seketika.

Antara masalah yang dihadapi oleh orang ramai ialah kegagalan untuk memilih lokasi negeri bagi penerimaan vaksin tersebut.

Pelakon Hairul Azreen nampaknya telah membuatkan laman Instagram miliknya sebagai tempat luahan perasaan mereka yang gagal untuk mendapatkan tarikh dan lokasi bagi vaksin AstraZeneca itu.

Bapa kepada dua cahaya mata itu ada kongsikan foto yang membuatkan orang ramai ‘naik darah’ dan dalam masa yang sama ada juga yang rasa bagaikan sedang berperang.

Apa yang kita dapat lihat ialah kebanyakan rakyat Malaysia sudah tidak sabar untuk mendapatkan vaksin bagi menyelamatkan diri dan orang tersayang daripada virus bahaya ini.

Semoga selepas ini, lebih ramai lagi rakyat Malaysia yang dapat mendaftarkan diri untuk mendapatkan vaksin COVID-19 ini!

Sumber foto: Instagram Hairul Azreen

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post