Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sangat sinonim dengan roti.
Jika diingat semasa PKP 1.0, bekalan roti ketika itu terhad kerana ia menjadi rebutan ramai.
Pada 2 Jun 2021, pelakon Shaheizy Sam meberitahu bahawa beliau telah membeli roti dalam kuantiti yang banyak gara-gara panic buying.
Kesudahannya, Sam terpaksa berkongsi roti itu dengan orang lain untuk mengelakkan ia rosak.
Baca artikel berkaitan: Miliki Bakat Terpendam, Syatilla Melvin Dedahkan Hasil Kerja Shaheizy Sam
“Tau korang ada roti kat umah, tapi ada sapa2 nak lagi tak? Nak bagi Free ni..
Btw, korang makan roti dgn apa?“
Pelakon berkenaan juga menawarkan roti tersebut kepada pengikut Instagramnya untuk diberikan secara percuma.
Sementara itu pada ruangan komen, para netizen menjawab soalan yang beliau ajukan mengenai roti.

Ha, selepas ini jangan buat panic buying lagi tau!
Sumber: Instagram Shaheizy Sam