Cucu tiri kepada Dato’ Sri Siti Nurhaliza iaitu Arif Jiwa Asyraf memang seorang kanak-kanak yang comel dan turut menjadi perhatian pengikut-pengikut di Instagram.
Anak lelaki kepada pasangan Asyraf Khalid dan Tya Arifin itu kini berusia 3 tahun.
Pada 20 Disember 2020, satu video telah dimuat naik di Instagram Arif.
Video dengan caption “Maafkan Arif Ustadz..” itu menunjukkan aksi Arif yang sedang belajar huruf Al-Quran ketika dirinya dalam keadaan mengantuk.
Arif kelihatan tersengguk-sengguk beberapa kali dan gelagat itu kelihatan sangat lucu.
Bagaimanapun, kanak-kanak tersebut berjaya menamatkan proses mengaji dan masih sempat mengaminkan doa.
Perkongsian berkenaan telah mengundang tawa para netizen yang menulis di ruangan komen.

Sumber: Instagram Arif Jiwa Asyraf dan Tya Arifin