Setiap individu mempunyai impian dan cita-cita masing-masing. Sama seperti penyanyi, pengacara dan pelakon wanita, Nadia Amira Othman atau lebih mesra dengan panggilan Amira Othman.
Beliau sebelum ini memiliki hasrat untuk menjadi seorang penyampai berita, tetapi nampaknya belum kesampaian.
Namun perkara itu tidak menghalangnya untuk terus mencuba kerana baru-baru ini, Amira telah memuat naik satu video dirinya cuba menyampaikan berita di akaun sosial TikTok @amiraothmanofficial miliknya.
View this post on Instagram
Menulis di kapsyen :
“Hahahaha susah bethol ye screen dia laju nya!! But i’ve always been dreaming of being a news presenter? belum kesampaian sbb tak berani. Takpelah kat tiktok pun jadilahhh! ??? tersasul2!!?”
Menurut penyanyi berwajah manis itu, bukan mudah untuk menyampaikan berita, walaupun cuma screen test!
Meninjau ke ruangan komen Instagram penyanyi berkenaan, ramai yang memuji kemerduan suara beliau, siap ada yang mengusik mahu tengok berita hari-hari kalau Amira yang menyampaikan. Amboi!

Alahai, min pun nak join tengok berita juga lah kalau Amira yang baca. Eh!
Sumber: Instagram Amira Othman
Baca artikel berkaitan: Amira Othman Jatuh Sakit, Terlantar Di Hospital
Post comments (0)