Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Gembira Dapat Berkhidmat Untuk Masyarakat, Tindakan Erul Samah Mendapat Pujian

today21 June 2021

Background

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) berjalan lancar dengan pelaksanaannya kini dalam fasa kedua.

Pusat Pemberian Vaksin (PPV) juga ditambah untuk mempercepatkan lagi pemberian vaksin kepada penduduk di Malaysia.

Oleh itu, ramai sukarelawan terlibat untuk memberi khidmat di PPV bagi melancarkan proses tersebut.

Antara yang berkhidmat untuk menjadi sukarelawan ialah penyanyi yang dikenali dengan gelaran ‘raja komen’ iaitu Erul Samah.

Baca artikel berkaitan: Digelar ‘Raja Komen’ Erul Samah Dedahkan Bukan Beliau Yang Tulis Komen

Melalui satu foto yang dikongsikan di Instagram miliknya, ia menunjukkan Erul ketika bertugas di PPR Salak Selatan.

Beliau yang sukarela berbakti itu memberi peringatan kepada orang ramai berkaitan suntikan vaksin COVID-19.

Next Station Vaccines ?
“ PPR SALAK SELATAN ”

Peringatan :
1) Kalau ada symptom Covid please update
2) sentiasa Update My Sejahtera
3) Sediakan IC
4) Selepas Vaccine Makan Panadol

?? RAJA KOMEN bersedia untuk berkhidmat anda ?

Hebat Erul kerana tampil untuk memberi sumbangan kepada masyarakat.

Tindakan beliau ini menerima pujian ramai.

Teruskan memberi contoh yang baik seperti ini Erul!

 

Sumber: Instagram Erul Samah

Written by: Hasanah Yusof


Previous post