Hari demi hari, Ramadan semakin ‘meninggalkan’ kita, mungkin terasa berbeza namun kekal fadilat yang sama.
Perayaan yang ditunggu ‘belum pasti’, pematuhan (SOP) itu mesti.
“Dah setahun 4 bulan Mike kami dok umh, tanpa keluar dan balik kg..kita amalkan kita jaga kita di pasaraya pun kalau org ramai kami elakkn…tp bila keputusan macam ni serius la..memang muak la..smpai bila nk kene layan mereka ni..tolong la kesiankn rakyat…kami xnk duit, tapi kami nk hak kami sbgi rakyat Malaysia..bila kita amalkan kita jaga kita insyallah pasti berjaya”
Pada 22 April, berikutan pengumuman angka Covid-19 yang telah dicatatkan sebanyak 2875 kes baharu, rata-rata warganet meluahkan rasa gusar dan tidak senang terhadap peningkatan penyebaran wabak penyakit ini yang semakin berleluasa.
Saban hari, isu saling ‘bertikam lidah’ serta tuduh-menuduh ini sudah menjadi ‘wadah’ dalam pertuturan seharian di laman sosial oleh rata-rata pengguna siber.
Hal yang demikian turut dikongsi oleh pengarah drama yang sering dikaitkan dengan isu-isu kontroversi, Micheal Ang juga meluahkan rasa berang dan tidak puas hatinya berikutan peningkatan wabak Covid-19 di Malaysia.
caption:
“Salam semua. Baru tgk total kes baru today! Masin naw mulut aku, pagi tadi meeting aku dah announce yg hari ni kes mesti 2800 ke atas! Again to all of us, tgk jaga diri elok2 n Jgn selfish! Luv u all n be safe n Selamat berbuka!”
Hantaran yang dimuat naik oleh pengarah itu telah mencuri perhatian lebih dari 192 komen yang ditinggalkan di ruangan laman terbabit.
“Kami memang duk rumah…yang merayap tu geng kayangan…sana sini perginya. Tapi bagus juga menegur mcm ni Mike! Biar bukak sikit otak kawan-kawan kayangan yang duk pergi sana sini tak patuh SOP lah bercuti lah hantar hadiah lah. Maqoh lagi Mike..Maqoh”
Rata-rata warganet yang menjengah ke ruangan tersebut menganggap tindakan Micheal Ang menegur secara terbuka berikutan peningkatan kes Covid-19 ini harus dijadikan contoh, kerana sebagai seorang influencer yang mungkin mampu ‘menyeru’ sesetengah pihak, mereka ini mempunyai medium yang besar dan ia adalah salah satu cara untuk saling mengingatkan antara satu sama lain.
Namun begitu, sesetengah pihak merasakan terdapat spesifikasi stigma kepada golongan yang perlu dipertanggungjawabkan dan dipersalahkan dalam hal ini seperti ‘rakyat marhaen’ ini yang mungkin tidak mengambil berat akan pematuhan (SOP).
Namun, apa yang tular sebaliknya diperkatakan ‘golongan kayangan’ inilah yang menjadi ‘punca’ berlakunya perlanggaran isu merentas negeri.
Jika ‘bertafakur’ seketika memikirkan semula mengenai hal ini, sebenarnya isu ini mampu ditanggani jika semua pihak saling berganding bahu dalam membantu membasmi penularan wabak penyakit Covid-19.
“Korang tak serabut keee…ko tuduh aku… aku tuduh ko??kita ni kena saling ikut SOP dan duduk rumah aje, dah suh duk rumah pun susah ke..kita bolehhhh”
Mungkin dalam sesuatu kepahitan pasti ada terselitnya kemanisan, ‘usah diratapi’ tidak mempunyai peluang beraya di kampung yang ‘seolah-olah hilang’ dan tidak bakal kunjung tiba, sebaliknya burulah nikmat yang mendatang serta ruang yang boleh dimanfaatkan.
Covid-19 ini mungkin berpotensi menjadi asbab kepada banyak perkara dalam peningkatan sesuatu amalan yang mungkin kita tidak dapat memperoleh jika tiada ujian sebegini rupa.
Ayuh! Sama-sama berganding bahu memutuskan rantaian wabak penyakit ini, #kitajagakita.
Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi
Sumber: Instagram Micheal Ang