Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Gurauan ‘Makan Dalam’ Tentang Belon Udara Panas, Sharnaaz Ahmad Gelak Sakan Dengan Shukri Yahaya

today1 April 2021

Background

Lain orang, lain cara mereka untuk bergurau bersama rakan-rakan tapi boleh tahan menusuk kalbu juga ya gurauan yang antara pelakon Sharnaaz Ahmad dan Shukri Yahaya.

Seperti yang kita tahu, pada 19 Mac lalu bekas isteri Sharnaaz iaitu Noor Nabila telah selamat dinikahkan dengan pasangan pilihannya iaitu Engku Emran.

Namun tidak lama selepas itu, muncul pula satu video lama ketika Engku Emran melamar Nabila sambil menyaksikan mereka berdua berada di atas belon udara panas di Putrajaya.

Disebabkan foto tersebut, Shukri mendapat idea untuk mengenakan Sharnaaz sehingga membuatkan pelakon drama Cinta Bukan Kristal itu secara tidak sengaja telah mencarut.

@mohdafeef_Dua orang ni tak pernah tak masuk air????Dia punyaa perli tu fuhhh?? from ig : __sinners ##fyp ##foryoupage♬ original sound – Sang Penghibur???

“Satgi aku bawak hang naik belon udara panas, aku buat macam ni nanti… Lepastu aku pusing. Aku mesti peluk hang punya Mat…”

Sempat juga Shukri melakonkan semula gaya Engku Emran melamar Nabila ya, amboi bukan main mereka berdua ni.

Rata-rata pengikut mereka di laman Instagram turut terhibur melihat aksi masuk air kedua-dua pelakon itu.

Mereka berdua sememangnya sering melakukan Instagram Live bersama-sama dan lawak mereka pun kadang-kala buat orang pecah perut!

Harapnya tak ada isu la pula ya yang terjadi disebabkan gurauan tersebut, risau pula kalau ia diambil secara serius oleh sesetengah pihak.

Baca juga artikel berkaitan:

“Jaga Jebat Elok-Elok” Sharnaaz Ahmad Redha Dengan Perkahwinan Noor Nabila Dan Engku Emran

Sumber foto dan video: TikTok Mohdafeef_ dan Instagram Sharnaaz Ahmad

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Sosial

[VIDEO] Anak Syok ‘Kena Pusing’ Dengan Si Bapa Sampai Pening, Tapi Akhirnya Lain Pula Jadi

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang kanak-kanak sedang bersama bapanya di sebuah taman permainan.Di taman itu terdapat beberapa peralatan aktiviti yang boleh dilakukan antaranya seperti yang kanak-kanak itu naik iaitu merry go round.Namun, kebiasaannya ibu bapa tidak akan menggalakkan anak mereka bermain permainan ini kerana bimbang ia akan membuat mereka hilang stabil akibat pening kepala.Tetapi, si bapa pula meletakkan anaknya ke dalam permainan tersebut dan kemudian... Klik sini untuk baca artikel […]

today1 April 2021