Hot FM

Hairul Azreen Kongsi Aksi Fight Belakang Tabir, Netizen Bandingkan ‘Dragon Ball Goku’ Lagi Laju

Nama yang semakin gah dalam filem aksi, siapa lagi kalau bukan pelakon filem terkenal iaitu Hairul Azreen, di mana Hairul merupakan pelakon yang sentiasa memberi komitmen tinggi setiap kali melakonkan filem aksi.

Hairul yang juga merupakan pelakon utama filem Wira, baru-baru ini berkongsikan sedutan babak aksi yang pernah dilakonkanya semasa merakamkan filem Wira di laman Instagram.

“Inilah normal speed saya fight dalam filem WIRA, maybe ada yang tanya speed tu edit kan? Fighting scene tu tumbuk satu persatukan & slow je kan? Pakai camera trick kan? Tak penat ke?”

“The Best Never Rest #HairulTrainingForFilm”

“InsyaAllah boleh kalau kita diberi latihan yang cukup sebelum shooting macam film Wira ini”

Melihat kapsyen yang ditulis oleh Hairul, beliau memberitahu bahawa babak yang dilakonkan itu adalah babak fighting ‘normal speed’ beliau dan bukan kelajuan yang disunting.

Bermakna lakonannya di dalam filem Wira adalah hasil kepantasan latihan beliau dan penat lelah selama ini.

Wira the Champions: Interview with Wira director Adrian Teh and stars Hairul Azreen and Yayan Ruhian | The movie and me

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet dan rakan artis turut memuji beliau yang dilihat semakin mantap dalam lakonan.

Dalam pada itu, ada juga yang bergurau menyamakan Hairul dengan filem kartun Dragon Ball!

Aduhai, macam-macam lah netizen ni.

Exit mobile version