Hot FM

“Handsome Eh” Kemas Almari Suami, Nora Danish Tak Sangka Nedim Nazri Ada Banyak Baju Style!

Arahan duduk dirumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0) nampaknya dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelakon Nora Danish apabila beliau mengambil keputusan untuk mengemas almari baju suaminya iaitu Nedim Nazri.

Nora ada kongsikan sekeping foto menampakkan beliau menggayakan baju kepunyaan Nedim.

Menurut Nora, hasil mengemas beliau telah menjumpai banyak baju Nedim yang berjaya membuatkannya terpikat.

Ibu kepada dua cahaya mata itu nampak sangat ‘kacak’ ketika menggayakan baju kemeja bercorak kepunyaan Nedim berserta topi bagi melengkapkan gayanya.

Lebih menarik lagi, Nora turut tidak ketinggalan memakai seluar Nedim!

Rata-rata komen yang ditinggalkan turut memuji penampilan Nora persis seperti anak muda dan beliau turut kelihatan kacak disitu.

Memang style habis ya Nora, nampak macam umur 20-an!

Apa lah agaknya rahsia Nora untuk maintain cantik macam ni ya?

Sumber foto: Instagram Nora Danish

Exit mobile version