Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Happy Anak Aku, Aku Happy..” Sharnaaz Ahmad Komen Spekulasi Bekas Isteri Bakal Bernikah

today19 March 2021

Background

“Saya hanya mendoakan kebahagiaan semua orang. Happy anak aku, aku happy,”

Itulah komen yang diberi pelakon Sharnaaz Ahmad setelah ditanya mengenai desas-desus yang mengatakan bekas isterinya Noor Nabila bakal bernikah dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin dalam masa yang terdekat.

Perkara berkenaan diluahkan menerusi satu temubual bersama dengan sebuah portal hiburan online.

Spekulasi tersebut mula timbul selepas kelibat Engku Emran kelihatan di kediaman keluarga Noor Nabila ketika sesi usrah bersama Ustaz Wadi bersama ahli keluarga lain.

“Pasal Nabila nak kahwin esok ka, apa ka.. Saya rasa wartawan zaman sekarang memang 90 peratus tepat,”

“Tapi saya tak boleh nak komen lebih-lebih pasal benda ni sebab saya bukan dalam position untuk bercakap atau memberi sebarang komen,” ujarnya

Bagaimanapun, Sharnaaz menjelaskan bahawa beliau bersedia untuk mengeluarkan kenyataan sekiranya perkara tersebut benar akan berlaku.

“Sebab ia berkait juga dengan individu yang bakal jadi bapa tiri Jebat,” 

Pada akhir perbualan, Sharnaaz sempat menyatakan bahawa beliau sentiasa mendoakan kebahagian Nabila selain menyokong apa jua keputusan yang dibuat oleh bekas isterinya yang juga kakak kepada pengacara Noor Neelofa itu.

Untuk rekod, Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 namun mengambil keputusan berpisah pada Julai tahun lalu.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia lebih dua tahun.

 

Sumber: Mstar

Written by: Azra Azuar


Previous post

Sosial

Ini 7 Wireless Mouse Yang Anda Boleh Dapatkan Dengan Harga Bawah RM30 Untuk Work From Home

Jika dilihat kini banyak jenis mouse yang kita boleh dapatkan sama ada mempunyai wayar atau tidak. Namun, penggunaan mouse berwayar mungkin akan melecehkan sedikit kerja anda.Oleh sebab itu, wireless mouse diperkenalkan untuk membuatkan anda lebih selesa menggunakannya ketika bekerja tanpa gangguan wayar. Tambahan lagi bagi anda yang sedang bekerja dari rumah, memang sangat sesuai.Jom kita lihat antara 7 jenis wireless mouse yang terbaik dan mampu milik anda boleh beli di […]

today18 March 2021