Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Hayati Sampai Pejam Mata” Baru 19 Bulan, Anak Anzalna Nasir Dah Pandai Hafal Banyak Zikir!

today29 March 2021

Background

Kata orang melentur bulu biarlah daripada rebungnya, waktu kecil lah masa yang sesuai untuk mendidik si kecil menjadi seorang yang berjaya!

Nampaknya pelakon Anzalna Nasir telah berjaya mengajar anak sulungnya iaitu Mohamad Eidrees menjadi anak yang soleh.

Menerusi posting beliau, Eidrees sedang rancak membaca zikir Hasbi Rabbi dengan penuh penghayatan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88)

Untuk maklumat, Eidrees kini baru sahaja berusia 19 bulan dan si kecil itu sudah mampu untuk mengingati banyak zikir yang sering kita baca dalam kehidupan seharian.

Dalam masa yang sama, ramai pengikut Anzalna turut berasa terharu melihat aksi si kecil itu dan mengucapkan ribuan tahniah kepada Anzalna atas kejayaannya mendidik Eidrees.

Maka dengan itu terbukti lah bahawa anak kecil mampu untuk mengingati setiap apa yang kita ajar.

So kepada para ibu bapa di luar sana, kalian boleh lah ajar anak-anak apa-apa ilmu yang diperlukannya di masa akan datang nanti okay!

Sumber foto dan video: Instagram Anzalna Nasir

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post