Tanggal 18 Februari 2021, genap setahun pemergian pelakon dan pengacara kesayangan ramai iaitu Ashraf Sinclair atau nama sebenarnya Ashraf Daniel Mohammed Sinclair.
Namun, pemergiannya ternyata masih dirasai oleh semua terutamanya isteri Bunga Citra Lestari (BCL) dan anaknya sehingga ke saat ini.
Terbaharu, BCL menerusi laman Instagram miliknya telah berkongsi foto dirinya bersama anak sedang menziarahi makam allahyarham berserta dengan kapsyen yang menyentuh hati ramai.

“Hey Daddy, its been a year since you’re gone.. Today, we just want to tell you that it had not been an easy year for us, but we r okay.. We r coping.. ? So, dont worry about us.. Have a wonderful life there.. We miss u.. ❤️,” tulisnya
Tidak ketinggalan, tentunya ibu kepada Ashraf iaitu Khadijah Sinclair, yang memuat naik lukisan bunga orkid, disertakan dengan sekeping surat luahan perasaannya.

Adik ipar Ashraf, penyanyi Yuna pula memuat naik gambar kompilasi video dan foto-foto terakhir bersama Ashraf, yang diambil seminggu sebelum aktor itu menghembuskan nafas terakhir.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata turut memberi semangat buat keluarga tersebut.
Ashraf dilapor meninggal dunia pada 18 Februari 2020 di Jakarta, Indonesia akibat serangan jantung.
Sumber foto: Instagram Bunga Citra Lestari, Dida Sinclair & Yuna