Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Ikut Bapak!” Baru Berusia Setahun, Anak Bongsu Aeril Zafrel Pun Pandai Main TikTok

today17 April 2021

Background

Kata orang mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi?

Logik juga kalau kita katakan bahawa anak bongsu pelakon Aeril Zafrel sememangnya mengikut jejaknya yang pandai berjoget di aplikasi TikTok!

Menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram anaknya iaitu Ayya Soffya, jelas kelihatan si kecil itu sudah pandai menari mengikut rentak muzik sambil diikuti kakaknya iaitu Hayla Adzkiya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aya Soffya (@ayyasoffya)

Walaupun baru sahaja berusia setahun tetapi Ayya seperti sudah biasa beraksi di hadapan lensa kamera.

Ini mesti selalu tengok ayahnya tu buat TikTok setiap hari, sebab tu nampak pro je bila menari kan?

Lebih melucukan apabila ramai pengikutnya turut bersetuju bahawa Ayya mengikut jejak Aeril memandangkan bapanya itu merupakan ‘Mr. President TikTok Malaysia’.

Dalam masa yang sama, mereka turut teruja melihat kecomelan yang dimiliki oleh anak pasangan selebriti itu.

Semoga Hayla dan Ayya akan membesar menjadi anak yang solehah dan mendengar kata kedua ibu bapanya.

Lepasni boleh lah join ayahnya main TikTok kan?

Sumber foto dan video: Instagram Ayya Soffya dan Aeril Zafrel

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Syarikat judi online

Sosial

Tidak Lagi Sensitif, Muzik Video Daripada Syarikat Judi Kedua Pula Muncul Sempena Aidilfitri

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET Belum lagi reda isu syarikat judi mempromosikan aktiviti judi secara terang-terangan bersempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, timbul pula sebuah syarikat yang turut tampil dengan modus operandi yang sama dalam mengajak orang ramai meraih wang berganda dengan berjudi. Menerusi muzik video raya daripada syarikat IBC003 ini, dapat dilihat jalan cerita yang sama turut ditampilkan di mana pelakon […]

today17 April 2021