Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“I’m Also Severely Allergic To Bulls**t…” Diuji Penyakit, Peminat Saran Sarah Hildebrand Kekal Tabah

today21 April 2021

Background

“I have too. This puasa sgt2 menguji sbb dh 2x kena inject hydrocrt sbb nk bgi bukaan paru2 utk sedut sabutamol..klu x ubat pun x masuk.. #chronicasthma? ?”

Sememangnya tidak dinafikan, dalam krisis penularan wabak Covid-19 yang melanda di seluruh dunia ini pasti lebih sukar buat mereka yang menghidap penyakit kronik seperti asthma dan sebagainya, apatah lagi di waktu bulan Ramadan ini.

Keadaan cuaca yang tidak menentu di mana suhu dahulunya panas kini mungkin mengalami perubahan drastik akibat hujan lebat di siang hari juga telah mengakibatkan kondisi kesihatan badan sering terganggu.

Hal yang sedemikian turut dialami oleh pelakon, Sarah Hildebrand atau dengan nama sebenarnya Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand yang dikatakan sedang mengalami asma dan alahan ‘tenat’ disebabkan keadaan sekeliling.

Memuat naik gambar di Instagram miliknya, Sara Hildebrand kelihatan lemah dan sedang diberi bantuan alat sedutan pelega.

caption: 

“How many of you have asthma and/or allergies? Recently the weather has been super hot and then the temperature will drop real fast from the rain. It’s like that every day and I typically figured it’s probably spreading around pollen, dust or some kind of mold, but then it occurred to me that so much bullshit has been happening in this country lately and I’m also severely allergic to bullshit”

Memperlihatkan keadaan negara semasa yang mungkin tidak mampu ditanggani oleh sesetengah individu, netizen digalakkan untuk tetap menjaga kesihatan diri sama ada fizikal mahupun mental.

Menerusi ruangan komen yang ditinggalkan, rata-rata warganet turut meluahkan rasa khuatir dengan kondisi kesihatan mereka namun, tips dan cara mengatasi penyakit asma dan allergi ini turut dikongsi bersama pelakon ini.

Menurut sumber laporan Harian Metro, kita tidak boleh menyakal jika pendapat mengenai ramalan keadaan cuaca di Malaysia kemungkinan mengalami badai tsunami mega, gempa bumi atau tenggelam ke dalam lautan jika perubahan cuaca terus melanda tanpa henti di negara ini.

Namun, apa yang jelas sebarang ramalan mengenai kondisi alam pasti bakal diumumkan terlebih awal daripada pihak yang bertanggungjawab serta apa yang perlu menjadi fokus utama untuk berdepan dengan situasi seperti ini adalah dengan sentiasa menjaga tahap kesihatan diri sendiri serta ahli keluarga yang lain.

“Sebenarnya cuaca ini, daripada dulu sampai sekarang, tidak banyak yang berubah. Apa yang berubah adalah daripada segi suhu, itu yang ketara. Dalam tempoh 100 tahun, suhu di negara kita meningkat lebih kurang 1.6 hingga 1.8 darjah Celsius, ia peningkatan agak tinggi. Apa yang penting kita kena sentiasa duduk rumah dan tak perlu keluar pergi mana-mana tambah-tambah dalam pandemik covid-19 ni….”

Oleh itu, pastikan pemakaian pelitup muka sentiasa dipakai serta patuhi (SOP) di mana jua anda berada.

Semoga Sarah Hildebrand diberi kesembuhan dan sentiasa diberikan kekuatan dalam apa jua yang dihadapi.

Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi

Sumber: Instagram Sarah Hildebrand

Written by: Azra Azuar


Previous post

photo_2021-04-21_11-29-58

Sosial

Kemunculan Mee Goreng Malaysia Dalam Apple Event Buat Netizen Bangga

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET Malam tadi acara sulung Apple dengan tema Spring Loaded telah dianjurkan dan memperkenalkan rangkaian produk baru yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Ramai peminat Apple menzahirkan keterujaan mereka apabila melihat produk-produk yang diumumkan seperti AirTag dan sebagainya. Akan tetapi, menjadi bualan netizen apabila mee goreng membuat kemunculan dalam acara tersebut. Untuk pengetahuan anda, gambar... Klik sini untuk baca artikel […]

today21 April 2021