Hot FM

“Ingatkan TokTi” Wajah Manis Alya Iman Persis Penyanyi Nombor 1 Malaysia!

Cuba bayangkan kalau ada orang samakan muka korang dengan penyanyi nombor 1 Malaysia iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza tu, mesti bangga kan?

Agak-agak apa perasaan pelakon Alya Iman ni ya bila ada sesetengah pengikutnya di Instagram dan TikTok memberitahu bahawa wajahnya persis TokTi!

Alya yang merupakan anak kepada Allahyarham Azmil Mustapha itu telah memuat naik satu video beliau sedang menari menerusi aplikasi TikTok.

Tanpa disangka, ada yang menyamakan wajah beliau dengan TokTi!

Tetapi, tidak dinafikan juga, sekali imbas terpancar kemanisan di wajah pelakon drama Bukan Kahwin Paksa itu.

Kini, Iman sedang berehat seketika daripada dunia seni dan memberi fokus dengan kerjayanya sebagai seorang pegawai komunikasi korporat di sebuah syarikat di ibu kota.

Dalam masa yang sama, nampaknya beliau bakal menamatkan zaman bujang tak lama lagi.

Apa pun, tahniah untuk Alya ya!

 

Sumber foto dan video: Instagram Alya Iman

Exit mobile version