Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Isu Majlis Tahnik Anak, Siti Nurhaliza Akui Menteri Agama Hanya Singgah Sebentar Sahaja

today3 May 2021

Background

Semenjak 20 April lalu, nama penyanyi nombor 1 negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza menjadi sebutan di bibir ramai masyarakat.

Semuanya bermula apabila sewaktu Dato’ Sri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ti itu bersalin, ramai ahli keluarganya turut hadir di hospital bersama dengan jurugambar serta ustaz sehingga menimbulkan tanda tanya daripada warganet.

Seterusnya, majlis tahnik anak keduanya yang diberi nama Muhammad Afwa turut menjadi perhatian serta persoalan daripada warganet apabila majlis itu telah dihadiri oleh Ustaz Azhar Idrus serta Menteri Agama iaitu Datuk Dr. Zulkifli.

Disebabkan itu, Tok Ti yang sebelum ini tidak pernah menerima kecaman daripada masyarakat mula dipandang serong disebabkan isu itu.

Namun kini Tok Ti tampil membuka mulut mengenai isu berkenaan dengan tujuan membersihkan semula namanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

“Bilangan tetamu yang hadir mematuhi syarat penganjuran majlis dan majlis juga terbahagi kepada tiga sesi dengan bilangan tetamu terhad. Dihadiri keluarga terdekat serta kumpulan Mawlid untuk mengambil keberkatan fadhilat sunat mengadakan tahnik.”

“Mengenai acara tahnik yang dihadiri oleh Menteri Agama, Datuk Dr Zulkifli Mohammad al-Baakri, ia bukan majlis khas. Beliau hanya singgah untuk sempurnakan bacaan doa dan tahnik sahaja.”

Dalam masa yang sama, Tok Ti turut memberitahu bahawa Ustaz Azhar Idrus bukan lah merentas negeri semata untuk menghadiri majlis tersebut, sebaliknya beliau sememangnya berada di Kuala Lumpur atas urusan kerja.

Tok Ti turut berharap agar semua persoalan telah terjawab dengan adanya kenyataan ini.

Semoga isu ini tamat disini sahaja dan tidak dipanjangkan lagi.

Baca juga artikel berkaitan:

“Sedihnya Double Standard” Siap Ada Jurugambar Dan Ustaz Di Hospital, Netizen Persoal SOP Melawat Siti Nurhaliza

Sumber foto: Instagram Siti Nurhaliza

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

collage

Sosial

Dipulau Kerana COVID-19, Lelaki Tua Di India Bawa Jenazah Isteri Seorang Diri Guna Basikal

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET Kejadian sedih yang menyayat hati berlaku di Jaunpur, Uttar Pradesh, India. Seorang lelaki tua terpaksa mengayuh basikal selama berjam-jam sambil membawa mayat isterinya bagi mencari tempat pembakaran mayat. Seperti dilaporkan oleh India Today, kejadian ini terjadi selepas isterinya meninggal dunia akibat wabak COVID-19 dan penduduk kampung telah bertindak memulau mereka berdua akibat ketakutan yang... Klik sini untuk baca […]

today3 May 2021