Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Jadi Artis Satu Job Tak Kaya” Berpanas Dalam Kereta, Ramai Kegum Sikap Rendah Diri Haneesya Hanee

today9 April 2021

Background

Mungkin dulu namanya pernah menjadi headline di banyak media dan kaca televisyen disebabkan kisah silam yang pernah dilakukan olehnya.

Tetapi kini pelakon dan model Haneesya Hanee tidak pernah melupakan jasa dan pengorbanan ibunya yang selama ini sentiasa bersama dengan dirinya dan keluarga.

Walaupun sudah bergelar selebriti yang dikenali, Haneesya nampaknya masih lagi mengamalkan gaya hidup bersederhana dan tidak menunjukkan kemewahan mereka.

Dalam masa yang sama, beliau juga tidak segan untuk menunjukkan realiti kehidupannya bersama keluarga yang tinggal di rumah kos rendah bersama dengan sebuah kereta yang sudah uzur.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Haneesya’s Empire (@haneesyahanee)

Haneesya atau nama sebenarnya Sharifah Haneesya Sayed Sahalan ada kongsikan video beliau bersama ibunya berpanasan di dalam kereta disebabkan penghawa dingin kereta tersebut rosak sewaktu mereka tersekat dalam kesesakan lalu lintas.

“Ikan stim. Hampir jadi ikan kering la, bibir dah retak panas sangat ni.

Posting terbaharunya di laman Instagram turut membuatkan ramai berasa kagum dengan sikap gadis berusia 21 tahun itu.

Beliau turut berasa terharu melihat ramai yang memberikan sokongan serta mendoakan rezekinya sekeluarga.

Nampaknya ini lah realiti kehidupan walaupun seseorang itu merupakan artis, kita semua pasti akan lalui fasa kesusahan dalam hidup.

Sumber foto dan video: Instagram Haneesya Hanee

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Sosial

[VIDEO] Anak Ini Selamba Tanya Kenapa Tak Bangun Solat Subuh, Jawapan Si Ayah Pula Win!

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat video tersebut.Malah, ada yang suka melihat cara anak beranak itu bersembang. Ada juga yang dapat mengaitkan situasi itu seperti pergaduhan dengan adik beradik mereka.Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 246.3K views, 14.8K likes dan 225 comments di TikTok.Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

today9 April 2021