Siapa ingat dengan penampilan penyanyi Sissy Iman ketika Anugerah Bintang Popular Bintang Harian (ABPBH) Ke-33 pada 13 November lepas yang mana menjadi kritikan hebat daripada netizen?

Ramai yang bertanya siapa agaknya yang menjadi stylish penyanyi itu kerana bagi mereka baju serta rambut yang dikenakan oleh Sissy sangat tidak sesuai.
Rupa-rupanya stylish Sissy ketika itu ialah bapanya sendiri iaitu Mohammad Kamil Moustaff kerana menurutnya Sissy tidak mempunyai penaja pakaian ketika itu.
Takda hamba Allah nak sponsor yang betul-betul approach pun. Baik busana atau kelengkapan diri untuk berada di pentas mahu pun ditempat gah. Aku bukan jenis yang meminta.
Menurut Kamil, dia sendiri berusaha untuk menjahit segala batu perhiasan di baju Sissy sehingga tangannya melecur terkena gam panas serta dia juga mereka sendiri subang serta rantai yang dipakai oleh Sissy ketika itu.
Walaupun dikecam hebat, Kamil nampaknya tidak mahu ambil pusing tentang kecaman itu dan menganggap ia sebagai perkara kecil, asalkan anaknya kelihatan cantik di atas pentas.
Dalam masa yang sama, dia juga berasa gembira apabila Sissy turut gembira dengan hasil tangannya.
Sissy turut mengakui bahawa penampilannya pada malam ABPBH itu diinspirasikan oleh penyanyi antarabangsa Rihanna dan menyifatkan ia sebagai satu experimen ketika usia muda.
Sedih pula bila ramai orang kecam hasil usaha bapa Sissy ni kan.