Hot FM

Jadilah Hebat! Mira Filzah Mahu Wanita Sayangkan Diri Sendiri

Isu kekuatan wanita menjadi perdebatan ramai apabila kenyataan Datuk Prof Dr Muhaya berkenaan sebab wanita lambat bertemu jodoh menerima kritikan.

Ini kerana ramai yang mengambil perkataan beliau “biarlah bodoh-bodoh sikit” jika berhadapan dengan lelaki, dikira tidak sesuai.

Seakan membalas isu tersebut, pelakon dan pengacara popular Mira Filzah telah memuat naik satu hantaran di Instagram beliau pada 9 Jun 2021.

Baca artikel berkaitan: Beri Tip Wanita Mahu Bertemu Jodoh Perlu Jadi Bodoh, Dr. Amalina Selar Ulasan Tak Masuk Akal

“The strongest action for a woman is to love herself. ? Love yourself, be yourself and shine amongst those who never believed you could! ??✨”

Menurut Mira, tindakan wanita yang paling kuat adalah mencintai dirinya sendiri.

Ini kerana hidup kita adalah penting untuk kebahagiaan diri.

Mengapa harus membahagiakan orang lain sedangkan diri sendiri berduka?

Kata-kata Mira ini seharusnya dijadikan sebagai nasihat buat para wanita supaya terus menghargai hidup mereka.

 

Sumber: Instagram Mira Filzah

Exit mobile version