Baru sahaja masuk bulan Mei, banyak ujian dan dugaan perlu kita lalui tidak kira dalam kehidupan harian atau keadaan sekeliling.
Jika dilihat kini ramai rakyat Malaysia turut berada dalam keadaan terkejut apabila Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa seluruh Malaysia berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Mesyuarat MKN dipengerusikan PM hari ini setuju laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan PKP di seluruh negara -PM
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) May 10, 2021
Ditambah pula dengan apa yang sedang terjadi di Palestin kini, membuatkan kita berasa bimbang dan tertanya-tanya apa agaknya ujian dan dugaan yang akan diturunkan oleh-Nya selepas ini.
Dengan apa yang sedang terjadi kini semestinya akan membuatkan segelintir daripada kita berasa berang sehingga tidak menjaga pertuturan.
Maka dengan itu, pendakwah selebriti PU Azman telah menitipkan nasihat buat semua umat Islam agar sentiasa mengingati antara satu sama lain.

Ramai pengikut beliau turut bersetuju dengan apa yang dikatakan olehnya itu sehingga ada diantara mereka turut menitipkan ucapan terima kasih kepadanya atas ingatan tersebut.

Benar juga apa yang dikatakan oleh PU Azman itu, dengan apa yang terjadi kini pasti membuatkan kita hilang pertimbangan sehingga sanggup mengeluarkan ayat yang tidak sepatutnya.
Apa pun, ikut sahaja semua arahan yang telah ditetapkan dan teruskan berdoa agar semua ini akan berakhir dengan cepat.
Sumber foto: Instagram PU Azman