Pelakon Hannah Delisha dikira masih baru mengumumkan berita perkahwinan beliau bersama pelakon Imam Shah, iaitu pada 18 Februari 2021.
Walaupun jarang berkongsi kisah peribadi, namun para peminat suka untuk mengikuti perkembangan pasangan suami isteri itu.
Pada 18 April 2021, akaun Instagram peminat Imam Shah telah memuat naik satu video yang mempamerkan aksi Hannah dan Imam.
View this post on Instagram
Baca artikel berkaitan: “Nakal Ye Hannah..” Gelagat Manja Hannah Delisha Makan Bersama Suami Buat Netizen Cemburu
Hantaran tersebut menunjukkan mereka sedang bertengkar, ops!
Bagaimanapun, ia adalah satu babak lakonan untuk sebuah drama yang menampilkan mereka bersama.
Melalui caption:-
“Haiyo apa @imamemy dah buat ni!!
Finally dapat tengok gandingan fav couple min ni. ??#RinduSalahAlamat”
Berdasarkan aksi lakonan mereka, pasangan itu benar-benar menghayati watak yang dibawa.
Tapi di dunia nyata mereka mestilah baik-baik saja.
Mungkin selepas ni, Hannah dan Imam akan mendapat banyak tawaran untuk berlakon bersama, kan?
Sumber: Instagram Hannah Delisha dan Imam Shah Unofficial