Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Janna Nick Kembali Aktif Di Instagram, Dini Schatzmann Tampil ‘Back Up’ Kekasih

today24 February 2021

Background

Tidak patah semangat, pelakon dan pengacara sensasi, Janna Nick kembali mengaktifkan diri di laman sosial Instagram miliknya selepas menyah-aktif akaun pada 2 hari lalu, (21 Februari 2021).

Sebelum ini Janna dihentam teruk oleh peminat K-Pop dan warganet kerana kenyataan yang ‘kontroversi’ mengenai Lisa dari kumpulan BLACKPINK dan kematian artis K-Pop, Jonghyun dari kumpulan SHINee.

Walaupun sudah mengaktifkan kembali akaun Instagram miliknya yang mempunyai lebih 6 juta pengikut, Janna nampaknya menapis ruangan komen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Hantaran yang di muat naik selepas 2 hari menyah-aktif akaun, ditulis dengan kapsyen :

“You can’t control how other people receive your energy. Anything you do or say gets filtered through the lens of whatever personal things they’re going through. Which is not about you. Just keep doing your thing with as much integrity & love as possible.”

“Kita tidak mampu mengawal bagaimana insan lain membuat tafsiran dan menerima tenaga yang kita lontarkan. Semuanya diterjemahkan mengikut kanta peribadi setiap individu berdasarkan apa yang sedang mereka lalui. Jadi persepsi itu bukan tertakluk pada diri kita semata-mata. Teruskan menjadi diri sendiri dengan penuh integriti dan cinta sepenuhnya” 

Meninjau di ruangan komen hantaran yang di muat naik, ramai yang memberikan kata-kata semangat dan sokongan buat Janna.

Sementara itu, kekasihnya Dini Schatzmann juga ‘back up’ dan tidak berdiam diri, tampil meninggalkan komen dan kata-kata semangat buat dirinya.

“I know you only have kindness in your heart, which is rare to find”

Buang yang keruh, ambil yang jernih. Semoga Janna belajar dari kesilapan, terus kuat dan jangan toleh ke belakang.

 

 

Sumber : Instagram Janna Nick

 

Baca artikel berkaitan : #JannanickIsGoingToJailParty Trending Dan Teruk Dikecam Peminat Kpop, Janna Nick Deactivate Semua Akaun Media Sosial

Written by: Fieyna Azman


Previous post

Sosial

Cara Daftar Vaksin Covid-19 Melalui Aplikasi MySejahtera

Dalam kemas kini terbaru aplikasi ini, terdapat bahagian baru untuk pendaftaran untuk vaksin Covid-19.Secara keseluruhannya, terdapat lima cara berbeza untuk mendaftar bagi mendapatkan vaksin Covid-19 ini di Malaysia. Walau bagaimanapun, pendaftaran melalui MySejahtera adalah salah satu kaedah paling mudah dan hanya memerlukan beberapa minit sahaja.Kemas kini kini tersedia untuk kedua-dua peranti iOS dan Android, ini bermaksud anda boleh mengeluarkan peranti atau telefon pintar... Klik sini untuk baca artikel penuh. Sumber:

today24 February 2021