Caption:
“Tadi baru lepas video call bidadari dan anak-anak…Mata bergenang.Rindu sangat..Menangis jer…”
Menerusi video hantaran yang dibuat oleh pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew di laman sosial Instagram miliknya, meluahkan rasa rindu yang tidak terungkap kepada isteri dan anak-anaknya setelah terpaksa berpisah buat seketika kerana perlu menjalankan kewajipan bagi memenuhi tempoh kuarantin yang dikehendaki setelah selesai menjalankan misi bantuan tanpa sempadan bagi menyantuni golongan yang memerlukan di Selatan Afrika.
Keunikan yang sering dikatakan dalam setiap video yang di muat naik oleh ‘hero tanpa nama’ ini sering mendapat pujian dari rata-rata pengguna sosial media kerana muzik yang dilatarkan sentiasa hit dan kadang-kala sehingga meruntun jiwa serta mampu meneteskan air mata kerana lagu yang sering mengena tepat dengan mood dan isi penceritaan yang ingin disampaikan.
Namun, tangisan kali ini mungkin berbeza bagi seorang peribadi yang juga bergelar suami dan ayah, Ustaz Ebit Lew mengakui dirinya juga dahagakan pelukan keluarga bahagia yang dimilikinya.
“Saya sangat rindu. Bagi seorang suami tiadalah ubat lebih besar bagi segala keletihan melebihi pelukan seorang bidadari. Memegang tangan. Dapat dukung dan terbangkan anak-anak. Anak-anak nikmat Allah yang sangat besar”
Umum mengetahui bahawa ciri peribadi yang ditampilkan oleh seorang pendakwah mualaf ini sering terlihat berlemah-lembut dan berkasih-sayang, rata-rata pengikut Ustaz Ebit Lew turut meluahkan rasa kagum dan cemburu dengan sifat ‘kasih’ yang dimilikinya.
Penulisan dan kata-kata magis “Allah Sayang…” yang tidak henti-henti meniti di bibir pendakwah ini sering dipuji ramai kerana kenyataan yang dihasilkan penuh dengan keihklasan.
“Teringat ramai diluar sana tidak merasai kasih sayang ibubapa. Kaish sayang keluarga. Semoga Allah terus termukan saya dengan mereka yang susah dan benar-benar memerlukan di luar sana. Belajar berjuang dan berkorban sedikit”
Ramai juga yang turut sebak mendengar luahan dari seorang bapa ini, namun pengikut-pengikut Ustaz Ebit tidak henti-henti memberi kata-kata semangat dan turut menitipkan doa buat beliau.
Siapa tidak sedih tinggalkan keluarga kan, apa-apa pun sebarlah nilai berkasih-sayang antara satu sama lain tanpa mengira bangsa dan agama. #kitajagakita.
Baca artikel berkaitan:
Ralit Berbual, Ustaz Ebit Lew Tak Perasan Ada Budak Kena Smackdown Di Belakang
Ditulis oleh: Puteri Haideera Zuraidi
Sumber: Instagram Ustaz Ebit Lew