Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Kahwin Ke Tak, Lizzy Tetap Sama” Ramai Lelaki Luah Rasa Kecewa, Mahu Elizabeth Tan Berhenti Beri Harapan

today23 March 2021

Background

Baru-baru ini pelakon dan penyanyi sensasi iaitu Elizabeth Tan mengejutkan ramai pihak apabila foto dirinya berkahwin dengan seorang ahli perniagaan, Siew Jim dalam satu majlis sederhana di Gombak, Selangor pada 20 Mac 2021 telah tersebar di rata-rata laman sosial.

Elizabeth Tan Dah Kahwin?

Namun, meninjau di laman sosial Instagram, Elizabeth Tan atau lebih mesra dipanggil Lizzy seolah-olah menafikan perkara berkenaan.

Setelah di temubual oleh Harian Metro, barulah Lizzy mendedahkan perkara sebenar dan ternyata beliau sudah berkahwin dengan jejaka tersebut.

Terbaharu, Lizzy ada memuat naik satu video bermain skateboard di laman Instagramnya, dengan kapsyen :

“Kahwin ke tak, lizzy tetap sama je hehe ?”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Elizabeth Tan (@elizabethtan)

Meninjau di ruangan komen, ramai lelaki yang meninggalkan komen kecewa, malah ada yang mahu Lizzy berhenti beri harapan kepada mereka. Fuh!

Dahsyat betul penangan Lizzy ni!

Memetik laporan Harian Metro mengenai komen Lizzy tentang perkahwinannya, ini jawapan beliau :

“Saya memang cadang nak umumkan perkara ini apabila sudah bersedia. Saya ambil keputusan untuk tidak menghebohkan isu perkahwinan kerana pada saya, ini adalah isu kecil sahaja.

“Gambar dan video yang tersebar mengatakan saya sudah berkahwin adalah benar. Majlis semalam adalah sangat ‘intimate’ dan dibuat secara sederhana sebagai langkah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan hanya dihadiri 10 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan rapat,” katanya kepada Harian Metro.

It’s okay guys, bunga kan bukan sekuntum? Happy Married Lizzy!

Sumber : Harian Metro & Instagram Elizabeth Tan

Baca artikel berkaitan : “What Kind Of S***** News Portal Is This??” Elizabeth Tan Luah Rasa Kesal Gambar Disalahguna Sebuah Portal Hiburan

Written by: Fieyna Azman


Previous post

ST_20170811_SERAID11A_3340895

Sosial

Maxis Lantik Tan Sri Mokhzani Mahathir Sebagai Pengerusi Terbaru

11 tahun sebagai pengerusi syarikat Maxis, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda telah mengumumkan perletakan jawatan beliau yang bakal berkuat kuasa 22 April 2021 ini. Posisi beliau sebagai pengerusi Maxis dilaporkan bakal digantikan oleh Tan Sri Mokhzani Mahathir manakala Raja Tan Sri Arshad pula bakal berkhidmat sebagai lembaga pengarah bukan eksekutif Maxis. Sumber: straits Times Menurut Harian Metro, Mokhzani kini mempengerusikan Jawatankuasa Audit dan Risiko Maxis dan juga anggota... […]

today23 March 2021