Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Kahwin Lah Mamu!” Lama Tak Bercukur, Sharnaaz Ahmad Rindu Bentuk Dagunya

today17 June 2021

Background

Mungkin akibat terlalu lama duduk di rumah sempena arahan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0), pelakon Sharnaaz Ahmad telah mempunyai masa untuk ‘bertanya khabar’ kepada dagunya.

Mana tidaknya, sudah lama Sharnaaz tampil dengan imej berjambang selepas bercerai dengan bekas isterinya iaitu Noor Nabila pada sekitar Julai tahun lalu.

Melalui posting terbaharu di laman Instagram miliknya, Sharnaaz telah bertanyakan keadaan dagunya itu dan perkara itu membuatkan ramai pengikutnya berasa terhibur.

Tidak ketinggalan ada beberapa para gadis yang cair melihat Sharnaaz dengan imej jambangnya itu.

Dalam masa yang sama, ada juga yang menyuruh Sharnaaz cepat-cepat mendirikan rumah tangga!

Alamak, ada ura-ura kata Sharnaaz nak bernikah dah ke? Dengan siapa?

Baca juga artikel berkaitan:

Suara Tiba-Tiba Auto Manja, Sharnaaz Ahmad Tak Keruan Apabila Bercakap Dengan Azira Shafinaz

Peminat Teruja Tunggu Sharnaaz Ahmad Beri Komen Emoji Hati, Wajah Azira Shafinaz Ada Bayangan Bekas Isteri

Untuk maklumat, kini Sharnaaz sering dikaitkan dengan pelakon Azira Shafinaz lebih-lebih lagi selepas aksinya di Instagram Live bersama dengan Shukri Yahaya mendapat perhatian ramai.

Kita doakan yang baik-baik lah ya kepada Sharnaaz dan Azira, eh?

Sumber foto: Instagram Sharnaaz Ahmad

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post