Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Kaki Berdarah, Kilafairy Terjatuh Di Majlis Kahwin Neelofa

today28 March 2021

Background

Kemeriahan majlis pernikahan selebriti popular Noor Neelofa dan Haris Ismail atau PU Riz masih lagi terasa sejak mereka diijabkabulkan pada 27 Mac 2021.

Laman sosial pula dibanjiri dengan hantaran-hantaran berkenaan perkahwinan selebriti itu.

Antara tetamu yang hadir ialah pelakon Kilafairy bersama pasangannya.

Namun ada kisah mengenai Kilafairy yang juga teman rapat Neelofa itu.

Kilafairy telah membuat Instagram story berkaitan dirinya yang terjatuh di majlis Neelofa dan menyebabkan kakinya berdarah.

Pelakon itu memberitahu bahawa beliau telah terjatuh sebelum kejadian Neelofa yang dilihat hampir juga terjatuh ketika berjalan menuju ke pelamin.

Kilafairy juga dilihat ke klinik untuk merawat luka di kakinya.

Nasib baik ia tidak teruk.

Apa pun semoga luka di kaki beliau cepat sembuh!

 

Baca artikel berkaitan: Berakhir Sebuah Penantian, Neelofa Dan PU Riz Selamat Bergelar Suami Isteri

Sumber: Instagram Kilafairy

Written by: Hasanah Yusof


Previous post

Sosial

“Nasib Baik Sayang” – Suami Bebel Si Isteri Suka Letak Jarum Peniti Dekat Seat Kereta

Menerusi video yang dimuat naik oleh Raja Zulyadiy, kelihatan dia sedang merakam isterinya membetulkan tudung di dalam kereta.Namun, isterinya kantoi apabila si suami ternampak jarum peniti yang disemat pada seat penumpang. "Wah wah wah, ini baru satu. Nanti lagi banyak, ada dua tiga empat eh. Perangai eh, perangai eh," bebel suaminya.Wanita itu sempat menjawab yang dia cuma tumpang letak kejap saja membuatkan suaminya tergelak kecil di hujung video tersebut.

today27 March 2021