Tempoh berpantang adalah suatu tempoh yang amat penting buat ibu yang baru sahaja melahirkan bayi, tidak kira secara normal ataupun secara pembedahan.
Ini kerana ‘berpantang’ adalah tempoh eksklusif bagi wanita memperbaiki segala ‘kerosakan’ dalam tubuh badan selepas melalui detik sukar melahirkan itu.
Antara salah seorang selebriti yang baharu sahaja menimang cahaya mata pada 19 Mei lalu dan sedang berpantang ketika ini ialah Ain Edruce.
Beliau telah berkongsikan sedikit rutin harian dan juga lauk berpantangnya yang bikin ramai tak keruan kerana kesedapan makanan tersebut!
View this post on Instagram
Baca artikel berkaitan : Lama Tak Cukup Tidur Sejak Ada Anak, Ain Edruce ‘Mengamuk’ Lagi!
Menulis di ruangan kapsyen :
“FOODGASM versi pantang ???EVERYTHING IS SIHAT ?”
Jika melihat kepada lauk berpantang yang dikongsikan oleh Ain, antara menu-menu sihat yang dijamah adalah ayam penyet, ikan sambal, sup ikan, sayur campur dan buah-buahan.
Fuh terliur juga min tengok makanan berpantang Ain ni!
Jom lihat reaksi-reaksi pengikut Ain di Instagram :


Nampaknya bukan min seorang je yang terliur, diaorang ni pun sama ikut terliur melihat lauk pantang Ain!
Boleh lah jadikan menu ini sebagai panduan untuk ibu-ibu yang bakal melahirkan anak nanti.
Sumber : Instagram Ain Edruce