Terkejut dan kasihan, itu lah apa yang dapat digambarkan selepas mendapat tahu bahawa seorang peniaga burger telah dikompaun sebanyak RM50,000 atas kesalahan beroperasi melebihi masa yang ditetapkan.
Difahamkan, peniaga yang dikenali sebagai Wan Mohd Faisal Wan Kadir telah menjalankan perniagaan tersebut di hadapan rumahnya dan secara tiba-tiba beliau telah didatangi oleh beberapa anggota polis pada jam 11:10 malam 26 April lalu.

Disebabkan itu, anggota polis berkenaan telah mengeluarkan kompaun sebanyak RM50,000 bagi kesalahan berniaga melebihi masa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Berita tersebut telah membuatkan ramai netizen berasa terkejut dan ada juga antara mereka yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang dikenakan.
Usahawan selebriti, Caprice turut terpanggil untuk menghulurkan bantuan bagi meringankan beban Wan Faisal dan mengambil keputusan untuk menubuhkan tabung sumbangan untuk beliau.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Setakat ini, Caprice masih lagi menunggu persetujuan daripada Wan Faisal sendiri mengenai penubuhan tabung tersebut dan sekiranya beliau setuju, ia akan ditubuhkan secepat yang mungkin.
Ramai warganet turut tumpang gembira dengan tabung yang akan ditubuhkan oleh Caprice itu dan setakat ini mereka masih menunggu update terkini daripada Caprice.
Semoga dengan tabung bantuan itu dapat membantu Wan Faisal meringankan beban beliau!
Sumber foto dan video: Instagram Caprice