Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Kejutan Yang Menjadi, Afifah Nasir Tak Sangka Keluarga Ajak Teman Lelaki Raikan Hari Jadi

today23 February 2021

Background

Usia pelakon Afifah Nasir telah genap 28 tahun pada 15 Februari 2021.

Pada 23 Februari 2021, adik kepada pelakon Anzalna Nasir itu telah memuat naik satu perkongsian mengenai kejutan sambutan hari jadinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Afifah Nasir (@afifahnasir93)

Terdapat 3 video yang disertakan dalamΒ  hantaran itu.

Antaranya, video Afifah yang terkejut melihat susuk tubuh kekasih hati yang turut hadir dalam sambutan itu.

Berdasarkan caption yang ditulis:-

“My family successfully pulled off my birthday surprise ❀️ didn’t expect my boyfriend to be there at all. All I had in mind was a small gathering with family as I had work the day after and wasn’t up for anything big hence me looking unready ! Thank you my lovely boyfriend & family for the presents & flowers ❀️”

Afifah berkata, beliau menyangka sambutan itu sekadar diraikan bersama keluarganya.

Oleh itu, dirinya merasakan ia benar-benar satu kejutan apabila teman lelakinya turut ada dalam sambutan berkenaan.

Selain itu, kekasihnya yang berwajah kacukan tersebut turut dirakam memberikan ucapan romantis buat Afifah.

Lepas tu siap disuap kek lagi, so sweet!

Namun menariknya, terdapat juga video yang menunjukkan keluarga Afifah solat secara berjemaah diimamkan oleh suami Anzalna.

Dalam pada itu di ruangan komen, Afifah menerima banyak ucapan sempena hari jadi beliau.

Kami di Hot FM juga ingin ucapkan happy belated birthday to Afifah!

 

Baca artikel berkaitan: Gengster Kilang Sudah Mari! Aksi Janna Nick Tendang Kerusi Afifah Nasir Mengundang Ketawa Netizen

Sumber: Instagram Afifah Nasir

Written by: Hasanah Yusof


Previous post

ezgif-4-90560949ae2d

Sosial

Raih Pelaburan Daripada Pemain Poker Hong Kong, Saham AirAsia Terus Melonjak 16.56%

Sebuah berita yang mengejutkan AirAsia serta pelabur saham apabila harga saham syarikat AirAsia melonjak dengan pentas awal pagi tadi sebanyak 13.5sen atau 16.56% kepada 95sen awal pagi tadi. Difahamkan lonjakan harga saham yang meningkat ini berpunca daripada pelaburan yang dibuat oleh seorang pemain poker popular di Hong Kong iaitu Stanley Choi Chiu Fai dengan jumlah pelaburan sebanyak RM114.46 juta dalam menguasai saham AirAsia sebanyak 8.96%.

today23 February 2021