Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Keknis Tak Tulis Macam Ni” Hijack Instagram Hanis Zalikha, Hairul Azreen Post Foto Puji Diri Sendiri

today25 June 2021

Background

Hidup berumah tangga merupakan detik yang paling membahagiakan bagi setiap pasangan suami isteri bagi meneratkan lagi hubungan.

Mungkin itu lah apa yang sedang dilakukan oleh Hairul Azreen apabila beliau telah ‘tertangkap’ hijack Instagram milik Hanis Zalikha bagi memuat naik foto dirinya sambil menulis caption yang melucukan.

Foto tersebut menunjukkan Hairul sewaktu berbadan kurus dan juga selepas beliau mula bina badan.

Lebih melucukan apabila pengikut Hanis di Instagram turut sudah mengetahui bahawa posting itu dimuat naik sendiri oleh Hairul sewaktu membaca caption tersebut.

Nampaknya followers Hanis sendiri sudah tahu gaya penulisan Hanis di laman Instagram.

Bukan itu sahaja, Hanis turut tidak mengetahui tentang kewujudan posting itu sebelum salah seorang kenalannya meninggalkan komen memberitahu tentang perkara berkenaan.

Ingat senang ke Hairul nak kenakan Hanis, followers semua boleh jadi informer tau!

Sumber foto: Instagram Hanis Zalikha

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post