Sehingga kini ramai lagi rakyat Malaysia yang sabar menanti bagi memenuhi temujanji vaksinasi mereka.
Namun bagi sesetengah golongan seperti ibu mengandung serta ibu menyusu, mereka perlu mendapatkan nasihat doktor serta maklumat lanjut tentang vaksinasi yang ditetapkan untuk mereka.
Bagi pelakon Ummi Nazeera, beliau merupakan salah seorang yang setia menanti namanya dipanggil untuk menerima vaksin disebabkan beliau kini sedang menyusukan anak keduanya.
Ummi baru sahaja melahirkan cahaya mata keduanya pada 2 Jum lalu yang diberi nama Aysha Arsylia.
Baca juga artikel berkaitan:
“Melahirkan Anak Tidak Mudah” Ummi Nazeera Dedah Alami Pendarahan Ketika Kandungan Berusia 4 Bulan!
Menerusi posting di laman Instagram miliknya, Ummi memberitahu bahawa beliau berasa sedikit keliru tentang vaksin yang disediakan khas untuk ibu menyusu.
Disebabkan itu pelakon berusia 30 tahun itu telah meminta bantuan daripada pengikutnya di laman Instagram bagi menjawab persoalan serta kongsikan pengalaman mereka yang sudah menerima vaksin.
Kebanyakan komen yang ditinggalkan semuanya membantu baik dan menjelaskan keadaan mereka selepas divaksin.
Ummi turut berterima kasih atas respond yang diberikan oleh para pengikutnya.
Buat semua ibu mengandung atau ibu menyusu, jika anda mempunyai sebarang persoalan boleh lah baca di Instagram Ummi, sama-sama kita tambah ilmu pengetahuan okay!
Sumber foto: Instagram Ummi Nazeera