Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Kena ‘Pancing’ Ajak Pergi Rumah Bini Baru, Ramai Ketawakan Black Hanifah Takut Isteri

today1 June 2021

Background

Amboi, nampaknya dalam diam penyanyi Black Hanifah sudah mempunyai niat untuk ‘tambah cawangan’ beristeri dua ya!

Mana tidaknya, menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, beliau terus jadi segar selepas dipancing dengan ayat ‘pergi rumah bini baru’ oleh isterinya iaitu Cira Khairy.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Black Hanifah (@black.hanifah)

“Bangun, esok lockdown dah, nak pi amik kereta ke, beli simen ka pi umah bini baru ka?”

Aksi Black itu turut mencuri perhatian pengikutnya di laman Instagram yang berasa terhibur melihat Cira sempat menunjukkan penumbuk di hadapan muka Black.

Lebih menarik lagi, ramai pengikutnya meninggalkan komen mengatakan Black seorang yang takut isteri!

Ala, tu bukan takut namanya kan, tu maksudnya sayang isteri!

Tapi berani ke Black nak ‘tambah cawangan’ baru tu? Tak takut ke kalau kena debik dengan Cira?

Kata orang gurau suami isteri kan, sekali sekala kena la gurau kasar tapi jangan terlebih gurau pula takut ada yang makan hati dalam diam.

Sumber foto dan video: Instagram Black Hanifah

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post