Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Jangan Seksa Saya Macam Ni,” Kenyit Mata Di Akhir Video Ucapan Buat Ramai Lelaki ‘Tumbang’ Tengok Iman Troye

today31 March 2021

Background

Video TikTok yang dimuat naik di laman Instagram dengan ucapan buat pelajar yang bakal memulakan semester baru membuatkan ramai peminat lelaki cair dengan kecomelan penyanyi lagu Teman ini.

“Ya Allah… kenapa ekk macam ni!!! Comel dia ni macam pikachu kena pukul.. Haa geram pulak aku”

Mungkin ramai yang sudah mengenali penyanyi Iman Troye atau dengan nama sebenarnya Iman Alyssa Sahabuddin setelah beliau berjaya mencipta nama menerusi aplikasi TikTok dengan challenge tarian yang dihasilkan.

Selain wajah yang sering dikaitkan seakan-akan penyanyi lagu Peluang Kedua oleh Nabila Razali, rata-rata peminat lelaki mengagumi kecantikan Iman Troye tanpa make up kerana kelihatan lebih manis dan natural.

 

Untung la peminat-peminat Iman Troye, pasti bagi mereka yang ingin memulakan sesi pembelajaran mereka akan lebih bersemangat apabila menerima ucapan dari penyanyi kesukaan mereka ini.

“Terima kasih wish Iman.. Eh aku dah abis belajar lama…terperasan plak… hahahaha”

“Kepada yang bekerja mencari rezeki takda ke…hmm”

Seperti biasa, perkembangan lagu terbaru Iman Troye iaitu single keduanya yang bertajuk Pejam Celik Di Hari Raya telah bermula dengan challenge tarian lagu tersebut dahulu sebelum lagu yang dinanti-natikan itu keluar.

Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi

Sumber: Instagram Iman Troye

Written by: Azra Azuar


Previous post

Sosial

Afdlin Shauki & Altimet Umum Sertai Anwar Ibrahim Dalam PKR

Menurut laporan, Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjadi platform politik pilihan artis ternama tanah air, Datuk Afdlin Shauki untuk berkhidmat kepada masyarakat.Tambah Afdlin, PKR yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim itu menawarkan ruang dan kedudukan untuk beliau berkongsi aspirasinya dalam kerja-kerja kemanusiaan.Dalam masa sama, seniman itu menjelaskan, nilai perjuangan dan semangat kental Anwar sebagai pemimpin juga banyak mendorong beliau untuk mendekati rakyat.Jelas Afdlin lagi,... Klik sini untuk baca artikel penuh. Sumber:

today31 March 2021