Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Kerap Dibuli Dengan Pemandu Lori, Nad Zainal Mahu Pemilik Tapak Projek Ambil Tindakan

today24 March 2021

Background

Pemanduan yang selamat adalah penting untuk memastikan keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain.

Ini kerana kecuaian yang berlaku boleh menyebabkan kecederaan dan paling buruk lagi sehingga ia boleh mengakibatkan korban nyawa.

Peka akan hal itu, pelakon Nad Zainal telah memuat naik satu hantaran berkaitan hal tersebut di Instagram miliknya.

Melalui caption, Nad menceritakan perkara yang berlaku kepada dirinya dan suami.

“Pada jam tepat 9am, saya dan suami ingin pulang ke rumah, di depan perumahan kami ada satu kerja pembinaan sedang berlangsung..

ini bukan kali pertama mereka ini membawa lori secara berbahaya dan selalu provoke penduduk di sini, seperti parking sesuka hati, bawa lori secara melulu, dan DEGIL!

sebentar tadi, lori ini keluar dari tapak pembinaan dengan laju, dan menggesa kenderaan kami untuk undur.. dan mengancam untuk melanggar..mata pemandu merah, ini bukan kali pertama terjadi, dan bukan sahaja pada kami.. ( untuk kami dah kali ketiga)”

Beliau juga memberitahu tentang sikap angkuh pemandu lori yang tidak menghiraukan teguran, malah tidak takut jika diberitahu untuk melaporkan perkara itu kepada pihak polis.

“pernah juga mereka seperti melambat-lambatkan proses parking lori, dan menyebabkan kesesakan di satu satunya jalan untuk penghuni kediaman di sini pulan ke rumah..

bila ada yang kata mahu adukan pada polis mereka tidak takut, malahan terus mencabar ” Reportlah.. aku tak kisah”

terasa dibuli di tempat sendiri

kepada tuan tapak projek sila pantau pekerja ini

kami sudah bertoleransi dengan pencemaran bunyi yang kalian buat, yelah, bertukang.. takkan nak senyap macam orang menjahit pula kan..tapi kalau sampai buli atas jalan raya.. yg juga satu satunya jalan nak balik rumah… rasanya macam too much..”

Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana sikap tidak bertanggungjawab pemandu-pemandu lori ini boleh menjejaskan kelancaran trafik juga menindas pengguna jalan raya lain.

Oleh itu Nad berharap supaya perkara ini mendapat perhatian pihak berwajib untuk tindakan lanjut.

 

Baca artikel berkaitan: Sarat Mengandung, Nad Zainal Masih Gagah Buat Kerja Rumah Walaupun Perut Hampir β€˜Meletup’

Sumber: Instagram Nad Zainal

Written by: Hasanah Yusof


Previous post