Hot FM

Kesiannya! Aiman Tino Dan Sufian Suhaimi ‘Dibelasah’ Oleh Ziana Zain Dan Mas Idayu

Adat dalam dunia lakonan, setiap pelakon perlu melakonkan watak yang dimainkan dengan sebaiknya supaya mutu lakonan mencapai tahap terbaik.

Ia bukanlah satu tugas yang mudah, namun jika sudah terbiasa maka para pelakon akan merasa seronok melakukannya.

Pada 17 Mac 2021, penyanyi dan pelakon Ziana Zain telah memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya.

Video tersebut menunjukkan aksi lakonan Ziana Zain dan Mas Idayu yang sedang memukul penyanyi Aiman Tino dan Sufian Suhaimi.

Fuh, nampak ganas betul Ziana dan Mas Idayu hinggakan Aiman dan Sufian tidak dapat melawan semula.

Melalui caption:-

“Bertabahlah anak-anak @official_aimantino@sufiansuhaimi_ Bila mak dah naik hantu…
#kampungkolestrol”

Aksi yang ditunjukkan tersebut adalah sebahagian daripada lakonan karya berjudul Kampung Kolestrol yang akan ditayangkan di TV9.

Sementara itu, perkongsian Ziana ini menarik perhatian ramai kerana ia kelihatan lucu.

 

Sumber: Instagram Ziana Zain

Exit mobile version