Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Kisah Lama Dengan Krisdayanti Diungkit, Aurelie Hermansyah Mahu Netizen Tidak Keruhkan Keadaan

today23 March 2021

Background

Nama pasangan selebriti Indonesia Krisdayanti dan Anang Hermansyah pernah gah bersama sebagai pasangan suami isteri dan dengan bakat nyanyian mereka.

Namun kisah mereka berakhir setelah pasangan tersebut bercerai pada 2009.

Hal berkenaan telah menggemparkan dunia hiburan di negara seberang pada waktu itu.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka kini sudahpun berbahagia dengan kehidupan masing-masing setelah memiliki perkahwinan baharu, dan hubungan mereka boleh dikatakan sudak membaik.

Bertahun-tahun sudah berlalu, anak perempuan kepada Krisdayanti dan Anang iaitu Aurelie Hermansyah kini sudah membesar mengikut jejak orang tuanya dengan menjadi seorang penyanyi.

Namanya pula sedang disebut-sebut di Indonesia kerana akan bernikah dengan Attar Halilintar.

Bagaimanapun, kehadiran Krisdayanti pada satu acara pengajian bersempena majlis perkahwinan Aurelie membuat netizen mengungkit kisah lama.

Oleh itu pada 23 Mac 2021, Aurelie telah memuat naik satu perkongsian di Instagram miliknya untuk menjelaskan perkara berkaitan.

Melalui caption, Aurelie menulis tentang hubungannya bersama Krisdayanti yang digelar ‘mimi’ itu.

“makasih mimi udah bisa hadir?

tolong buat yg tidqk tau apa2, apa lagi kisah hidup aku dari kecil sampai besar. jangan merasa paling tau.. kalau aku anak yang berdosa, apa pernah aku melawan orang tua, apa pernah aku memaki orang tuaku? bahkan aku dan jiel hadir di pernikahan ibuku dengan senyuman, dan selama ini aku diam dan tidak pernah menceritakan apapun dan kepada siapapun? apa selalu anak yang jadi salah ? jujur belakangan ini aku tidak pernah membaca dan melihat social media apapun karna aku ingin fokus di acara pernihakan ku.”

Aurelie juga mengharapkan supaya para netizen tidak mengeruhkan keadaan dengan cerita yang mereka tidak tahu sepenuhnya.

“tolong buat temen2 jangan memperkeruh keadaan yang sudah Baik ini ??
dan buat pihak2 yang memang sayang sm aku tolong support aku dengan baik dan bahagia ☺️
biar tidak ada drama2 lain..”

Dalam pada itu di ruangan komen, Krisdayanti dilihat meninggalkan komen buat si anak untuk menenangkannya serta supaya Aurelie tidak menghiraukan kata-kata netizen kerana urusan perkahwinannya lebih perlu diutamakan.

Betul tu, perkara sudah lepas tidak perlu dikenang untuk dipersalahkan.

Tambahan lagi hubungan mereka sudah baik.

Biarlah kisah lalu dijadikan sebagai pengajaran, dan disimpan erat antara mereka sekeluarga sahaja.

 

Sumber: Instagram Aurelie Hermansyah

Written by: Hasanah Yusof


Previous post