Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Kita Beli Beras!” Video Hairul Azreen Kemas Rumah Ada Maksud, Siap Belanja 6 Pax Lagi!

today22 February 2021

Background

“Beras kita yang beli!”

Siapa biasa dengar ayat ni daripada geng-geng suami?

Biasanya ayat seperti ini akan keluar ketika suami ‘terpaksa’ menolong buat kerja rumah kerana mahukan sesuatu daripada si isteri atau terdapat rancangan lain dengan rakan-rakan mereka.

Nampaknya pelakon bertubuh sasa, Hairul Azreen turut menggunakan ayat yang sama ketika beliau memuat naik video sedang membersihkan rumah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen)

Video tersebut menunjukkan Hairul sedang mengemop lantai dalam keadaan tidak memakai baju sehingga membuatkan pengikutnya memuji kerajinan yang ada dalam diri bapa kepada dua cahaya mata itu.

Hairul nampaknya sedang membodek Hanis untuk membuat perkara lain selepas selesai mengemas rumah.

“Ingat kita buat  suka-suka ek? Dengan harapan bila main Play Station tak ada yang kacau…”

Amboi, patut la! Bukan main rajin kemas rumah pukul 3 pagi ya, rupa-rupanya ada udang di sebalik mee hailam!

 

Sumber video dan foto: Instagram Hairul Azreen

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Sosial

‘Face Mask’ Jadi Teman Setia, Calon SPM 2020 Mulakan Hari Pertama Exam Dengan Norma Baharu

Buat pertama kalinya dalam sejarah kumpulan pelajar Tingkatan Lima termasuk pelajar Sijil Vokasional Malaysia (SVM) itu menjadi kumpulan pertama yang menduduki peperiksaan SPM dalam pembudayaan norma baharu.Selain itu, bagi menjamin keselamatan calon sepanjang peperiksaan dijalankan, penyediaan 3,310 pusat peperiksaan SPM di seluruh negara dilaksanakan mengikut garis panduan dan standard operation procedure (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Kementerian... Klik sini untuk baca artikel penuh. Sumber:

today22 February 2021