Hot FM

“Kita Tengok Yang Seriau” Kain Tersekat Dekat Pelamin, Ramai Risau Neelofa Nyaris Terjatuh

Seperti yang kita tahu, majlis pernikahan yang paling ditunggu-tunggu kini telah berlangsung pada 27 Mac lalu menyaksikan penyatuan dua jiwa antara usahawan terkenal iaitu Noor Neelofa dengan pasangan pilihannya iaitu PU Riz.

Majlis yang sederhana itu telah mendapat perhatian ramai sehingga membuatkan ramai turut tumpang gembira dengan perkahwinan tersebut.

Namun dalam kemeriahan yang diraikan, turut berlaku satu perkara yang mendebarkan peminat setia Neelofa iaitu ketika beliau nyaris terjatuh disebabkan kain bajunya tersekat di pelamin.

@najhahyusof

alahaii…nasib lofa tak jatuh. veil tersangkut kat bunga ##neelofa ##fyp ##foryoupage ##fypシ ##tiktokmalaysia ##malaywedding

♬ original sound – Gyhah Yusof

Klip video yang telah dimuat naik di aplikasi TikTok oleh seorang pengguna turut menerima banyak komen memberitahu tentang kerisauan mereka melihat keadaan tersebut.

Walaubagaimanapun, Neelofa telah berjaya menghadapi suasana cemas itu dengan begitu tenang sekali.

Siapa sangka, nama besar seperti Neelofa akan memilih majlis perkahwinan yang sederhana begitu, namun tetap penuh dengan keberkatan daripada-Nya.

Tak sabar rasanya nak tengok Neelofa dan PU Riz menjalani kehidupan suami isteri selepas ini.

Apa pun, tahniah dan selamat berumah tangga kepada kedua-dua pasangan merpati dua sejoli ini!

Baca juga artikel sebelum ini:

Berakhir Sebuah Penantian, Neelofa Dan PU Riz Selamat Bergelar Suami Isteri

Sumber foto: Instagram Neelofa dan TikTok Najhah Yusof

Exit mobile version