Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Komen Kena Delete Di Instagram Isa Isarb, Netizen Mahu Caprice Duduk Diam Dan Jangan Masuk Campur

today9 March 2021

Background

Semenjak 7 Mac lalu, kecoh di media sosial apabila sekumpulan influencer yang juga YouTuber terlibat dengan kes pukul di sebuah gelanggang futsal.

Selepas insiden itu berlaku, salah seorang yang terlibat di dalam kes tersebut iaitu Isa Isarb telah mengeluarkan satu video berhubung insiden tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Isa Isarb (@isaisarb)

Dalam masa yang sama, Caprice selaku individu yang sering membahaskan perkara viral di media sosial miliknya turut tidak ketinggalan untuk bersuara tentang isu itu.

Menerusi posting di laman Instagram miliknya, Caprice memberitahu bahawa beliau telah menghubungi Isa sendiri untuk mendapatkan kepastian berhubung apa yang berlaku.

Namun apa yang menjadi persoalan ialah komen yang Caprice tulis telah dipadam oleh Isa dan itu yang membuatkan penyanyi lagu Takde Hal Bro itu naik berang dan tertanya-tanya.

Tetapi lain pula yang terjadi apabila ada segelintir netizen menyifatkan Caprice seperti menyibuk dan tidak perlu masuk campur berkaitan isu tersebut.

Bagi mereka apa yang terjadi hanya melibatkan Isa bersama rakan-rakan dan si mangsa.

Difahamkan insiden itu berlaku hanya disebabkan salah faham dan tanpa sengaja individu yang ingin meleraikan pergaduhan itu telah dipukul oleh influencer dan rakan-rakannya yang lain.

Rasanya tak salah juga kan kalau Caprice masuk campur, at least keadilan mungkin akan dapat ditegakkan dengan cara itu.

Baca juga artikel sebelum ini:

“Buat Content Hipokrit!” Bawa 12 Orang Pukul Sampai Kena Jahit, Geng YouTuber Ini Dikecam Netizen

Sumber foto: Instagram Caprice

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Sosial

Antivaksin Dinasihatkan Berhenti ‘Menghasut’ Jika Tidak Boleh Dipenjara & Didenda RM50,000

Sekiranya didapati bersalah, mereka boleh didenda RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali di bawah di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.Bukan itu sahaja, kes berita palsu juga boleh disiasat mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan sekiranya didapati bersalah, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara dan denda.Barang siapa membuat, menerbit atau mengedarkan apa-apa kenyataan, khabar angin atau berita dengan niat hendak menyebabkan... Klik sini untuk baca artikel […]

today9 March 2021