Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Kongsi 7 Sebab Untuk Senyum, Ramai Suka Tengok Wajah Manis Uyaina Arshad

today9 June 2021

Background

Pada musim pandemik ini, salah satu perkara yang diperlukan untuk menaikkan semangat ialah kata-kata sokongan daripada orang sekeliling.

Tapi walau sukar macam mana pun kita lalui dalam hidup, jangan pernah lupa untuk senyum kerana senyuman dapat menaikkan semangat seseorang!

Pengacara Uyaina Arshad ada kongsikan beberapa sebab mengapa kita perlu sentiasa senyum.

Antaranya ialah untuk membuatkan kita rasa lebih bahagia, kekal positif dalam diri, menaikkan semangat dan banyak lagi.

Bila kita tersenyum, kita akan rasa bahagia dan sedikit sebanyak dapat melupakan masalah yang ada buat sementara waktu!

Dalam masa yang sama, ramai pengikutnya di laman Instagran turut mengatakan bahawa mereka suka melihat wajah Uyaina yang manis itu.

Boleh jadi Uyaina sendiri selalu amalkan tujuh sebab untuk sentiasa senyum, itu yang nampak aura positif pada beliau kan!

Kata orang kalau nak nampak muka, kena selalu senyum kan?

Sumber foto: Instagram Uyaina Arshad

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post