Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Kongsi Foto Selepas Melahirkan Bayi, Netizen Kagum Kecantikan Emma Maembong Tanpa Solekan

today19 November 2020

Background

Nampaknya masih belum terlambat lagi untuk Hot FM mengucapkan tahniah buat pelakon Emma Maembong yang telah selamat melahirkan bayi sulungnya.

Bayi yang dilahirkan secara normal seberat 3.2 kilogram itu telah dilahirkan di sebuah pusat perubatan di ibu negara pada 8 November lalu.

Peminat rata-rata mengucapkan tahniah buat aktres tersebut menerusi sebuah foto yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah wajahnya yang tidak mengenakan sebarang solekan:-

“Relax je emma xyh make up make up lepas bersalin..comey gokkkk,” tulis peminatnya di ruangan komen

Memang cantik Emma ni, walaupun tanpa solekan!

Terdahulu, Emma dan suami, Muhammad Shazli Azhar juga sudah mengadakan majlis doa selamat dan aqiqah bayi mereka dengan hanya dihadiri keluarga dan teman rapatnya sahaja.

Apa-apa pun, selamat berpantang dan selamat menjalani kehidupan sebagai ibu! All the best Emma!

 

Baca artikel berkaitan:

It’s A Boy! Emma Maembong Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

Emma Maembong Muat Naik Video Mengharukan Suami Dukung Bayi Pertama Mereka

 

Sumber daripada: Instagram Emma Maembong Official

Written by: Azra Azuar


Previous post

Sukan

Kualiti persis awang import | Harian Metro

Kuala Lumpur: Jika pemain lain berhempas pulas memburu tempat dalam pasukan Liga Malaysia (Liga M) untuk musim depan, lain pula terjadi kepada pemain berstatus kacukan apabila mereka dikatakan kini laku keras dengan mendapat perhatian untuk diserapkan dalam kesebelasan utama. Keupayaan pemain kacukan yang dikatakan hampir sama dengan awang import menyebabkan pasukan Liga M melihat kehadiran mereka dapat membantu menguatkan lagi pasukan sekali gus membantu kelab mencapai objektif... Klik sini untuk […]

today19 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *