Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Kongsi Syarat Baharu Rentas Negeri, Mila Jirin Limit Komen Lepas ‘Diserang’ Netizen

today6 April 2021

Background

“Kerana orang-orang macam ni, rakyat biasa yang benar-benar memerlukan untuk merentas negeri tak lepas…”

Menerusi satu hantaran kenyataan gambar yang di muat naik, penyanyi yang kini sudah bergelar usahawan, Mila Jirin telah bertindak untuk melimitkan komen di ruangan Instagram miliknya setelah berkongsi kenyataan berkaitan syarat permohonan rentas negeri yang diperlukan.

“Klu lawatan kerja is lawatan kerja..jngan sambil mnyelam mnum air…pastu post kt story..mana x nye rakyat2 Malaysia yg level bawah2 kayangan ni x hangin..”

Tindakan perkongsian yang dibuat oleh Mila Jirin telah mendapat perhatian ramai malah ruangan komen beliau turut dibanjiri dengan ‘leteran’ serta komen-komen yang memarahi golongan artis dan influencer yang telah menjadi punca permohonanan merentas negeri diperketatkan.

Di rungan komen terbabit, rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa dengan apa yang telah berlaku berikutan kes penyalahgunaan kebenaran merentas negeri yang dilakukan oleh pihak-pihak yang tak bertanggungjawab.

“tiada istilah have2 ke..celah gigi je duit sman ke..usah dicanang2 surat kebenaran bgai,usah dicakp akn beri keterangan bgai,yg mudah sgt dpt tu kenapa..point nya mmg xleh nk merentas kan,be sensitif la ckit…kita ni kalo dapat buka border pun nk jmpa mak ayah dlu..hangpa mak pak dekat xpala kan..xfkir org lgsg..mmg naik gerammm..”

Namun begitu, di caption hantaran yang di buat oleh Mila Jirin jelas menerangkan tentang niat perkongsian yang dibuat oleh dirinya itu adalah untuk memudahkan urusan mereka yang mahu membuat permohonan rentas negeri atas urusan kerja dan beliau juga mendoakan agar perkongsian yang dibuat adalah bermanfaat.

Menurut notis gambar tersebut, penyerahan dokumen yang dinyatakan kali ini agak sedikit berbeza kerana keperluan seperti salinan kad pengenalan perlulah diserahkan dengan surat sokongan serta senarai aktiviti harian yang hendak dilakukan bagi memenuhi syarat kebenaran merentas negeri yang dipohon.

“balai mana ?.. xsemua kan ?.. matey o kalau semua ?”

Walau bagimanpun, orang ramai diminta untuk mendapatkan informasi yang sahih dari pihak balai polis yang berdekatan serta larangan penyalahgunaan kebenaran merentas negeri amatlah dititikberatkan demi mengelak daripada penyebaran wabak Covid-19 yang berlarutan.

Sabar! Lagi seronok jika dapat luangkan masa cuti anda di rumah bersama keluarga berbanding di luar, apa yang penting patuhi (SOP) dan jaga tahap kesihatan diri dan orang tersayang.

Ditulis oleh: Puteri Haideera Zuraidi

Sumber: Instagram Mila Jirin

Written by: Azra Azuar


Previous post

Sosial

[VIDEO] Aksi Budak Ini Buang Sampah Dengan Cara ‘Melambung’ Buat Ramai Terpegun. Wow!

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat video tersebut.Ramai yang kagum dengan cara budak lelaki ini membuang sampah dan ada juga yang memuji budak lelaki itu yang rajin membuang sampah.Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 503.4K views, 25.9K retweets dan 34.9K likes di Twitter.Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter: 

today6 April 2021