Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Kongsi Video Beri Duit ‘Gaji’ Pada Azal, Peminat Titip Nasihat Buat Zarina Zainuddin

today4 April 2021

Background

Memiliki anak yang kurang upaya merupakan ujian dan anugerah buat ibu bapa yang terpilih kerana mereka mempunyai kesabaran yang tinggi dalam mendidik anak-anak.

Begitu juga dengan pelakon Zarina Zainuddin yang mempunyai dua orang anak lelaki yang mempunyai penyakit autism iaitu Azal dan Azil.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_)

Zarina sering kongsikan update kehidupan Azal dan Azil di laman Instagram miliknya serta dalam masa yang sama beliau turut mempunyai cara yang tersendiri untuk mengawal anak-anaknya itu.

Azal merupakan anak yang mendengar kata, sehingga membuatkan Zarina mudah untuk mengawalnya dan beliau turut sering memberi upah kepadanya sekiranya Azal dapat menyelesaikan setiap tugasan yang diberikan.

Kali ini Zarina ada kongsikan video beliau memberi duit gaji kepada Azal sebagai upah beliau sering membuat kerja rumah dan menjaga kawasan rumah mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_)

Pelakon itu telah memberi wang tunai sebanyak RM1,000 kepada Azal, tetapi tanpa disangka perbuatan itu mendapat perhatian netizen sehingga ada yang sempat menitip pesan kepadanya.

Ramai antara mereka menasihati Zarina agar tidak kongsikn video sebegitu kerana khuatir jika ada yang mengambil kesempatan ke atas Azal.

Ada betulnya juga apa yang dikatakan itu, tetapi mungkin kita boleh ambil pada sudut positif yang mana kemungkinan Zarina ambil semula wang tersebut dan menyimpannya di dalam bank demi keselamatan anaknya itu.

Boleh jadi wang tunai sebanyak RM1,000 itu hanya untuk membuatkan Azal berasa gembira atas usaha beliau membuat kerja rumah.

Sumber foto dan video: Instagram Zarina Zainuddin

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Sosial

Ayam Bertelurkan Anak Kucing

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen terhibur dengan gelagat anak kucing tersebut. Ramai yang memberikan komen reaksi mak kucing yang mengundang dekah. Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 6K retweets, 300 quote tweets dan 6K likes di Twitter. Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

today4 April 2021