Bukan mudah bergelar seorang ibu tunggal dengan tanggungjawab besar untuk mendidik anak-anak tanpa kehadiran seorang suami.
Namun kekuatan seorang ibu itu terserlah apabila berjaya melakukannya juga kerana menjaga amanah dalam membesarkan anak-anak.
Begitu juga situasi dilalui pelakon Rita Rudaini dalam membesarkan dua orang anak lelakinya.
Pada 28 Januari 2021, beliau telah memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya.
Berdasarkan caption:-
“Memori yg sgt bernilai melihat kamu membesar depan mata ?….”
Video yang dikongsikan Rita menunjukkan foto-fotonya bersama anak-anak ketika menunaikan umrah.
Tumpang gembira melihat video tersebut.
Tulisan Rita pada ruangan caption pula menunjukkan bahawa beliau menghargai peluang dapat membesarkan anak-anaknya sendiri.
Dalam pada itu di ruangan komen, ramai yang memuji Rita yang hebat dalam menjalankan tugas sebagai seorang ibu.

Semoga Rita terus kuat dan dipermudahkan segala urusannya.
Sumber: Instagram Rita Rudaini