Connect with us

Yang Hangat

Kongsi Video Tersenyum Bahagia Dan Tak Bertudung, Nonny Nadirah Dilamun Cinta Kembali?

Nonny kelihatan tersenyum bahagia sambil memegang dua ekor burung, mungkin beliau kini sedang dilamun cinta bersama seseorang?

Published

on

Semenjak 25 Mac lalu, sedikit kecoh di media sosial apabila pelakon Nonny Nadirah telah memuat naik video seorang wanita memakai seluar pendek seakan-akan memberi bayangan bahawa dirinya kini sudah tidak bertudung.

Lebih mengejutkan lagi apabila Nonny sekali lagi memuat naik satu foto mirip dirinya pada 1 April lalu menunjukkan beliau sedang berkemban di dalam tong air dan ia turut mengejutkan semua pihak termasuk teman rapatnya.

Tidak terhenti di situ, pada 11 April lalu Nonny kembali lagi bersama dengan video dirinya tidak bertudung dan kali ini beliau menutup sedikit wajahnya menggunakan emoji rama-rama namun tetap menampakkan wajahnya itu.

Nonny turut kelihatan tersenyum manis sambil memegang dua ekor burung.

Bukan itu sahaja, Instagram story beliau yang seterusnya turut seakan-akan memberi bayangan bahawa beliau kini sedang dilamun cinta.

Terdapat seekor burung merpati dikelilingi emoji love di Instagram story miliknya dan turut tertulis perkataan ‘honey bee‘.

Sehingga kini Nonny masih lagi mendiamkan diri berkaitan isu yang terjadi terhadap dirinya dan tidak memberikan sebarang komen atau kata putus.

Dalam masa yang sama, Nonny turut memadam semula kesemua video yang pernah dimuat naik olehnya dan kini laman Instagram miliknya turut tidak mempunyai apa-apa posting.

Apa pun, semoga Nonny baik-baik sahaja dan semoga beliau diberikan petunjuk.

Baca juga artikel berkaitan:

“I Kenal Hati Budi Dia, She Is Not Like That” Ika Nabella Buka Mulut Isu Perubahan Mendadak Nonny Nadirah

Sumber foto dan video: Instagram Nonny Nadirah

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7710 8822
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Hot FM
secara live di aplikasi
Tersedia di